Monday, September 24, 2007

KEK BUAH KUKUS




Kek buah basah ini kaya dengan mixed fruit dan di kukus selama 4 jam supaya ianya tahan lama. Ianya dipack dlm bekas plastik 8in x 8in, kek ini seberat lebihkurang 1.7kg dan berharga RM45.



Saturday, September 15, 2007

ALMOND CHOCOLATE COOKIES FOR RAYA

Cookies ini dibuat dari Almond yg dibakar dan disalut dgn dark coklat
dan di lining dgn white coklat.

Harganya RM25 utuk 50 biji.

Thursday, September 13, 2007

lagi Kek Coklat Kukus




kek coklat kukus ini order dari seorang sepupu untuk menjamu jiran2nya sempena menyambut Ramdhan. em..selamat makan.



ari ni first day puasa, masuk opis awal maklumlah sempena Ramadhan ini management dah set waktu kerja pukul 8am - 4.30am. arini sampai opis pukul 7.30am. pukul 8am ada kawan yg kecoh2 suruh turun ke bawah. bila lihat di bawah ramainya orang. ada gegaran la. tak perasan la pulak sebab aku ditingkat 2. aku dan beberapa kawan masih mengadap pc, tiba2 ada call dari kwn di bawah " hei, tak nak turun ke! semua orang dah ada kat bawah ni. ye.. ke! ok2, kitaorang turun. tiba di bawah penuh dgn staff2 semua company yg menghuni bangunan ini, ada yg sound " kebal sangat ke kau org ni ". hehehe...kebal la jugak. lepak lah kami kat bawah tu sampai pukul 9.30am baru dibenarkan masuk building. masuk ini dah 3x aku facing gegaran ini. first time masa aku keje kat penang masa tu habis wafer yg tgh test bercalar. pening jugak kepala sekejap.

tengahari company keluarkan panduan bagaimana menghadapi gegaran. di bawah ini adalah panduan bagi semua bila menghadapi gegaran.



KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Earthquake/Tsunami Alert ( IDM20024 )8:00 pagi, 13hb Sep 2007
Our Ref: JMM.APL15/442/19 Jld ( 12e )/ ( 162 )
PRELIMINARY EARTHQUAKE INFORMATION

Issued by Malaysian Meteorological DepartmentMinistry of Science, Technology & Innovationat 8.00 am 13/09/2007


1. Earthquake Information
A strong earthquake has occurred with these preliminary parameters:
Time of Occurrence : 7.49 am on 13 September 2007
Coordinates : 3.0 South 101.0 East
Location : Southern Sumatera, 160km Northwest of Bengkulu,Indonesia. 584km Southwest of Johor Bahru.
Magnitude : 6.8 on Richter scale

APA HARUS ANDA LAKUKAN SEMASA BERLAKU GEMPA BUMI
Sekiranya anda di dalam bangunan
Tinggal kekal di dalam bangunan. Ambil perlindungan di bawah meja, meja tulis atau bangku yang teguh atau tempatkan diri anda di ambang pintu atau satu sudut. Begerak ke arah laluan sebelah dalam (ambang pintu atau bingkai berstruktur atau sebelah dalam bangunan iaitu pusat paling kuat dan kurang kemungkinan untuk runtuh. Ia juga akan mengurangkan impak daripada objek yang jatuh) di mana mungkin. Pilih lokasi yang boleh memberikan udara untuk bernafas dalam keadaan di mana bangunan runtuh di sekeliling anda.
Jauhkan diri anda daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin berat, pasu bunga tergantung dan lain-lain objek berat yang boleh menggelungsur dan jatuh. Gerakan bergulung boleh meremukkan cermin. Berhati-hati dengan kepingan simen yang jatuh.
Peluk sesuatu (kot, selimut, buku, akhbar, kotak kadbod dan lain-lain) untuk menutup kepala danmuka daripada sampah-sarap dan serpihan kaca.

Jangan gunakan lilin, mancis atau lain-lain punca api disebabkan ada kemungkinan kebocoran gas.
Padamkan semua api.
Sekiranya anda di luar bangunan
Pindah ke kawasan terbuka dengan berhati-hati jauh daripada talian kuasa, tiang letrik, pokok,
bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu. Bahaya paling besar daripada sampah-sarap yang jatuh ialah di luar pintu dan hampir ke dinding sebelah luar. Jauhi daripada talian letrik yang jatuh. Tinggal kekal di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

Sekiranya di dalam stor yang sesak
Jangan tergesa-gesa untuk ke muka pintu atau keluar memandangkan beratus-ratus orang lagi
mungkin mendapat idea yang sama. Sekiranya anda perlu meninggalkan bangunan, pilih jalan
keluar dengan berhati-hati sebaik mungkin dan bertenang.
Jauhkan diri daripada rak-rak peragaan yang mengandungi objek-objek yang mungkin jatuh.

Sekiranya di dalam bangunan tinggi
Berlindung di bawah meja atau perabot berat yang seumpamanya. Jauhkan diri daripada tingkap.
Jangan tergesa-gesa keluar memandangkan tangga mungkin rosak dan sesak dengan penghuni
lain.
Adalah lebih baik mencari keselamatan di mana anda berada sehingga gegaran berhenti, dan
kemudian tinggalkan bangunan sekiranya pemindahan diperlukan.
Jangan gunakan lif sebab bekalan kuasa mungkin terputus.
Tinggal kekal di dalam bangunan di tingkat yang sama.
Sekiranya anda di laluan pejalan kaki dekat bangunan
Berjalan masuk ke arah muka pintu untuk melindungi diri anda daripada batu-bata, kaca,
kepingan simen dan sampah-sarap lain yang jatuh.
Sekiranya di dalam kereta yang bergerak
Berhentikan kereta secepat mungkin apabila telah pasti selamat di kawasan yang sesuai. Walau
bagaimana pun, jangan berhenti di bawah jambatan atau lintasan atas atau rentangan kabel atau di mana bangunan boleh runtuh ke atas anda.
Tinggal di dalam kereta hingga gegaran berhenti. Kereta adalah penyerap kejutan yang amat baik dan akan mengayak di atas spring semasa gempa bumi, tetapi ianya adalah satu bedung yang selamat untuk menilai situasi anda.
Bila anda terus memandu selepas gegaran, berwaspada terhadap bahaya yang terhasil daripada
gempa bumi seperti objek yang sedang atau telah jatuh, wayar letrik yang terendam atau laluan jalan yang rosak atau berlubang-lubang.

Source of information : http://www.met.gov.my/malay/perkhidmatan/seismologi/seismic_event.html


Wednesday, September 12, 2007

Tuesday, September 11, 2007

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas
3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan

Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.

Takbir Di Malam Raya Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) diakhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir. Kesimpulannya Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalanuntuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dantiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan.
Wallahua'llam. SELAMAT BERPUASA

Sunday, September 9, 2007

KEK COKLAT KUKUS

Kek coklat kukus moist dan sangat sedap. anda tak rasa seperti anda memakan kek kukus sama aje seperti kek bakar. cuba le kek ini, pasti nak lagi.