Wednesday, October 10, 2007

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

Hari ini 29 Ramadhan, tinggal satu hari sahaja lagi umat Islam berpuasa dan bersolat terawikh. Cepatnya masa berlalu, baru terasa semalam kita mula berpuasa. sedih betul nak meninggalkan ramadhan ini, terasa banyak perkara yang tidak direbut di bulan mulia ini.

Alhamdulillah, semalam dah siap semua tempahan kek yang dipesan oleh rakan2, cuma tinggal cupcake oren aje lagi yang belum dibuat untuk Linasarawak. katanya lambat sikit tak pa, kalau siap cepat nanti tak sempat raya cupcake tu habis. Di sini kami ingin mengucapkan ribuan terimakasih buat semua yang menempah kek dan cupcake dengan kami. Semuga anda semua gembira di hari mulia ini.

Kepada semua rakan2 dan pengunjung blog ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan berhati -hati di jalanraya.

Dan jangan lupa menambahkan ibadat di malam Hari Raya, banyak ganjarannya.

No comments: