Sunday, October 28, 2007

CHOCOLATE TART


Chocolate tart request by Linasarawak untuk open house kat rumah unclenya. Tq to Linasarawak kerana menjadi regular customer SweetCakes.

Sunday, October 21, 2007

Edible Image - AZAH's team

sori lah Azah, lambat upload image, biasalah cuti raya merayap nu ha sampai ke padang besar. tak sempat nak pegang laptop.
alhamdulillah dan terimakasih, orang sg besar suka dgn kek ni. mmg ini pun tujuan buat kek nak kasi orang makan yang halal, sedap dan berkualiti. mudah2an nawaitu ini akan kekal selamanya.
lihatlah anak2 azah ni, comel lote macam emaknya. xsangka ye azah, anak dah enam mengalah kawan2.

Friday, October 12, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1428H dan TERIMA KASIH


Kepada semua teman2 dan pengunjung blog ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Sekiranya ada yang terkurang minta dihalalkan.
Ucapan terima kasih jua kepada teman2 yang telah memesan kek untuk hidangan di hari mulia ini. Alhamdullillah kerana dikurniakan teman2 yang menyokong bisnes ini. Harapan kami anda semua bergembira. :D

Wednesday, October 10, 2007

HARI RAYA MOIST CHOCOLATE CAKES

Di bawah ini adalah sebahagian kek2 yang ditempah dan telah diambil oleh pemesan. Kek2 coklat kukus ini dijual dgn harga promosi Raya iaitu RM25 dgn berat 900g - 1.2 kg. Anda boleh membeli kek ini dgn harga RM25 sekiranya anda menempah dua biji kek dalam satu masa. So, berpakatlah dgn kengkawan ye beli seorang satu.

Sila lah jamu mata, pas ni jamu selera la plak.















SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

Hari ini 29 Ramadhan, tinggal satu hari sahaja lagi umat Islam berpuasa dan bersolat terawikh. Cepatnya masa berlalu, baru terasa semalam kita mula berpuasa. sedih betul nak meninggalkan ramadhan ini, terasa banyak perkara yang tidak direbut di bulan mulia ini.

Alhamdulillah, semalam dah siap semua tempahan kek yang dipesan oleh rakan2, cuma tinggal cupcake oren aje lagi yang belum dibuat untuk Linasarawak. katanya lambat sikit tak pa, kalau siap cepat nanti tak sempat raya cupcake tu habis. Di sini kami ingin mengucapkan ribuan terimakasih buat semua yang menempah kek dan cupcake dengan kami. Semuga anda semua gembira di hari mulia ini.

Kepada semua rakan2 dan pengunjung blog ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan berhati -hati di jalanraya.

Dan jangan lupa menambahkan ibadat di malam Hari Raya, banyak ganjarannya.

Monday, October 1, 2007

MENCARI YANG HALAL ITU FARDU

Di bawah ini ada sedikit information yang saya ambil dari blog chef farid. Harap ianya menjadi panduan buat kita semua.


Cara mengetahui kek yang mengandungi Arak

Assalamualaikum.Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki yang halal.Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke. Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara. Sekian